(1) Pertyubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN PENGUSAHA LOGISTIK BUMIPUTERA SELANGOR
Selepas ini disebut "Persatuan"
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
(2) Alamat dan tempat urursan Pertubuhan ialah di LOT 18, JLN SP 4/2, SEKSYEN 4, TAMAN SUBANG PERDANA, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
atau ditempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa, dan alamat untuk surat menyurat di LOT 18, JLN SP 4/2, SEKSYEN 4, TAMAN SUBANG PERDANA, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyudat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu
FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT
1. Membantu Syarikat Pengusaha Logistik Bumiputera Selangor dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang baik dan memajukan perniagaan.
2. Membantu pergerakan Syarikat Pergusaha Logistik Bumiputera Selangor dalam menyelesaikan berbagai-bagai masalah dengan pihak jabatan kerajaan dan swasta.
3. Untuk membeli, mamajak, menyewa, atau memiliki hartanah untuk kegunaan Pertubuhan selaras dengan tujuannya.
FASAL 5 KEAHLIAN
1) Keahlian terbahagi kerpada dua;
a) Ahli Biasa
Terbuka kepada Syarikat Pengusaha Logistik Bumiputera Selangor yang mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan beroperasi di Negeri Selangor.
b) Ahli Bersekutu
Terbuka kepada Syarikat Pengusaha Logistik Bumiputera yang mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang beroperasi di luar kawasan Negeri Selangor dan tidak dibenarkan mengundi dan memegang sebarang jawatan.
2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
3) Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi Persatuan dan hendaklah ia sebagai ahli.
4) Seorang pelajar Univesiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
FASA6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN-LAIN
1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
Bayaran masuk RM 500.00(Ringgit malaysia : Lima Ratus Sahaja)
Yuran tahunan RM 300.00.(Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja)
2 Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu tidak lewat dari akhir bulan Februari setiap tahun.
3 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu (1) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau Wakil Setiausaha, dan hilang hak-hak keistimewaanny sebagai Ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
4 Ahli yang membiarkan hutang sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi dua (2) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
5Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang.
6 Yuran khas atau kutipan wang daripada Ahli-Ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung Ahli-Ahli.Sekiranya ada Ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
FASAL7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
1 Ahli yang hendak berhenti dari menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut hendaklah diberi peluang atau memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL8 MESYUARAT AGUNG
1 Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agung Ahli-Ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah Ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh jawatankuasa ; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat ke putusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
3 Mesyuarat Agung Tahunan bagi persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh,masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah ; a)menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Persatuan didalam tahun lalu;
b)menerima laporan Bendahari dan penyataan kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;
c)memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksaan kira-kira untuk tempoh dua (2) tahun yang akan datang;dan
d)menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.
5 Menyuarat Agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
a) Bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa, atau
b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dhantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan meyuarat itu.
7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.
8 Fasa 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan pengguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuara Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesai mesyuarat itu.
FASAL 9 JAWATANKUASA
1 Satu jawatankuasa serperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan iaitu dua (2) tahun sekali;
Seorang Pengrusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausa
Seorang Bendahari
Seorang Ahli Jawatan Kuasa Bisasa
2 Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong oleh pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap dua (2) tahun sekali.
4 Fungsi Jawtankuasa ialah mengelolakan dan mengatur kerja-kerja harian pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh meyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung denganya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya di adakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada bilangan ahli jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.
a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa.
b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.
Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausa kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
7 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakan jawatan di dalam Jawatankuasa.
8 Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak dia dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk mematuhi kekosongan itu.
Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung dua (2) tahun sekali.
9 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurusan atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
10 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
FASAL 10 KEWAJIBAN-KEWAJIBAN PEGAWAI
1 Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawap atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.
2 Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya.
3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengedalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang menganduni butir-butir seperti nama, tempat, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari, Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan Pendaftar Persatuan sebagaimana yang dikehendaki dia bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1996.
4 Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab diatas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.
6 Ahli Jawatankuasa biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahakan olehnya.
FASAL 11 KEWANGAN
1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Persatuan ini boleh digunakan unruk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasauklah belanja pentadbir, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oelh mahkamah.
2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja) pada satu-satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.
3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang, dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausa atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.
4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayat dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan Perbelanjaan yang lenih daripada RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) bagi suatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
5 Penyata darihal wang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut san salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Persatuan.
6 Tahun Kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 12 PEMERIKSAAN KIRA-KIRA
1 Dua orang yang bukannya Pegawai persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang Jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.
2 Pemeriksaan kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagu setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 13 HARTA
1 Harta takalih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan. Segala surat cara yang berkaitan dengan harta itu hendaklah disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan Persatuan iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari, yang ada pada masa itu dan perlantikan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar, dan dimetrikan dengan metri Persatuan.
2 Harta takalih Persatuan tidak boleh diajual, disewa, dipindahmilik atau digadai tanpa persetujuan dan kuasa yang diberi oleh Mesyuarat Agung.
FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
1 Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
FASAL 15 PANASIHAT PENAUNG
1 Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis.
FASAL 16 LARANGAN
1 Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh diamainkan di dalam rumah Persatuan; Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin Belangkai, Pai kau, tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's game, semua jenis permainan video dan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
2 Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga brang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
3 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.
4 "Faedah" seperti yang diterangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.
FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Persatuan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasan mulai daripada tarikh perubahan atau pndaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 18 PEMBUBARAN
1 Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ali yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
2 Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang tang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Persatuan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.
Kalendar
Waktu Solat
Hubungi Kami
PERSATUAN PENGUSAHA LOGISTIK
BUMIPUTERA SELANGOR
No.50, Wisma SA, Jln Anggerik Mokara 31/47
Kota Kemuning, 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan